Blog adalah ringkasan istilah weblog dan ia merupakan sejenis web yang boleh dikategorikan sebagai online journal ataupun online diari yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari mengikut kemahuan pemiliknya. Ia berkonsepkan post atau artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan seterusnya. Kebiasaannya blog dimiliki oleh individu dan kandungannya pula sentiasa dikemaskini serta mempunyai fungsi komen untuk membolehkan pembaca memberikan sebarang komen bagi setiap artikel yang diterbitkan.
Blog biasanya dipersembahkan dalam bentuk teks dan ditambah dengan sedikit gambar. Tetapi kini, blog dipersembahkan dalam pelbagai cara seperti photo blog dan video blog. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar.
Antara yang popular dan percuma seperti;
Blog biasanya dipersembahkan dalam bentuk teks dan ditambah dengan sedikit gambar. Tetapi kini, blog dipersembahkan dalam pelbagai cara seperti photo blog dan video blog. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar.
Antara yang popular dan percuma seperti;
- blogger.com
- wordpress.com
- tblog.com
Laman sosial pula merupakan satu laman sesawang seperti Facebook, Friendster, Myspace, tagged yang popular digunakan oleh para belia. Laman–laman sosial seperti ini selalunya digunakan untuk meluahkan perasaan supaya mendapat perhatian daripada rakan–rakan yang menbantu dalam memberi nasihat atau dorongan berbanding meluahkannya kepada kaunselor. Belia masa kini atau mahasiswa banyak mengalami stress dan mencari medium ini untuk meluahkannya.
Revolusi teknologi komunikasi telah mencetuskan era maklumat yang akan membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada belia. Dengan teknologi maklumat, belia berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dan menjana pendapatan sekaligus merubah tatacara dunia dalam konsep global. Melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Ramai belia menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos dan kadar yang minimum. Rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai aset utama untuk memulakan perniagaan. Begitu juga dengan media memainkan peranan yang besar dan penting bermula daripada Zaman Pertanian (Agriculture society), Zaman Industri (Industry society) dan Zaman Maklumat (Information Age) dalam meningkatkan tamadun serta tahap ekonomi manusia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini penggunaan internet meningkat bukan sahaja bagi memudahkan urusan seharian dan menyebarkan maklumat tetapi juga dalam usaha untuk meningkatkan sumber pendapatan, samada sebagai sumber pendapatan tambahan mahupun sebagai sumber pendapatan utama terutamanya golongan belia yang terdiri daripada golongan pelajar, lepasan graduan, pekerja kerajaan, pekerja swasta dan juga suri rumahtangga. Hal ini mungkin adalah disebabkan terdapat kesedaran kendiri mengenai peluang-peluang yang boleh digunakan untuk medapatkan wang tambahan, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu malah ianya juga adalah disebabkan oleh kebanyakan penduduk di negara kita juga menggunakan komputer selain terdapat juga gesaan dan galakan kerajaan kepada penduduk di Malaysia untuk memiliki 1 komputer bagi setiap rumah(melalui program Komputer 1Malaysia yang dilancarkan kerajaan dengan kerjasama Telekom Malaysia).
Blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter sering digunakan oleh golongan golongan tersebut dalam usaha untuk memperkenalkan jenis-jenis perniagaan yang ditawarkan, produk-produk yang dijual serta perkhidmatan yang disediakan. Hal ini adalah disebabkan oleh kemudahan untuk 'upload' setiap gambar produk atau sebagai gambaran untuk perkhidmatan yang disediakan mudah dan member peluang keemasan kepada belia. Antara jenis perniagaan yang ditawarkan kepada setiap pelawat yang melawat ke laman sosial atau blog mereka adalah perniagaan yang berasakan internet seperti e-networking @ e-dagang yang semakin popular kerana dikenali sebagai cara mudah untuk mendapatkan wang dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Selain perniagaan, seperti yang telah dikatakan, terdapat juga jualan produk serta perkhidmatan yang turut dijual. antara produk yang dijual pula adalah seperti pewangi, pakaian, kuih, cenderamata, hantaran perkahwinan serta berbagai barangan lain dengan harga yang berpatutan. Bagi perkhidmatan pula terdapat perkhidmatan untuk menggubah bunga, menjahit manik, menjahit pakaian, katering malah terdapat juga perkhidmatan untuk kecantikan seperti produk-produk kecantikan dan spa-spa kecantikan.
Penulisan blog dan penggunaan laman sosial kini sering digunakan bagi tujuan pengiklanan dengan lebih mudah bagi barangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Malahan tidak memerlukan mereka mengeluarkan wang untuk membuat iklan, sebaliknya menggunakan gambar-gambar yang menarik serta penggunaan ayat atau kata-kata yang boleh membuatkan pembeli berminat dan tertarik dengan tawaran-tawaran tersebut. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu caranya. Ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan peniaga berjumpa dengan pelanggan secara “face-to-face” untuk melakukan perniagaan. Menjimatkan masa bukan? Segala urusan dilakukan dengan menggunakan rangkaian internet sahaja. Malah, urusan pemindahan wang juga boleh dilakukan dengan hanya satu klik sahaja. Tidak perlu beratur. Sudah mudah dan efisien. Ini adalah satu peluang keemasan bagi para belia merebut peluang melalui teknologi komunikasi yang disediakan.
Oleh itu, disini ingin menyatakan beberapa usahawan belia yang berjaya dalam perniagaan online yang menjadikan blog dan laman social ini sebagai medium sumber pendapatan mereka. Misalnya; Irfan Khairi antara contoh belia yang berjaya mencapai status jutawan internet pada usia 25 tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan melalui internet sejak tahun pertama menjadi penuntut di Birmingham University. Menurut beliau, pada tahun pertama, tiada keuntungan dapat dijana kerana pada masa itu, ilmu tentang perniagaan online terlalu cetek. Oleh itu, beliau mula menghadiri kursus dan membuat rujukan melalui bacaan bagi memahirkan diri dalam internet. Masuk tahun kedua, perniagaan beliau mula membawa pulangan. Pada ketika itu, beliau menawarkan khidmat grafik seperti merekabentuk kulit buku, poster dan kain rentang. Pada tahun keempat menjalankan perniagaan melalui internet, beliau tidak menyedari dirinya bergelar jutawan apabila berjaya mengumpul lebih RM 1 juta. “Kalau orang fikir dalam masa empat tahun saya mendapat RM 1 juta itu senang, sebenarnya sangkaan itu salah. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang saya bekerja makan gaji. Selepas pulang pada kerja , saya menguruskan perniagaan internet hingga jam 2 atau 3 pagi. Semuanya memerlukan pengorbanan. “Saya sentiasa membawa Komputer riba ke mana-mana dan cari hotel yang ada akses internet kalau pergi melancong. Perniagaan ini boleh dijalankan di mana- mana, sekalipun ketika melancong,” katanya.
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Perniagaan internet memberikan beliau 90% rezeki tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah satu kelebihan perniagaan internet, katanya. Setelah berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet menerusi penjualan e-book secara sepenuh masa selama hampir empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui internet.
Akhir sekali tidak dapat disangkal lagi, di alaf ini, perniagaan adalah sumber pendapatan penting bagi manusia. Akan tetapi, persaingan dalam dunia globalisasi merupakan cabaran yang hebat kepada para usahawan terutamanya kepada meraka-meraka yang baru mula menceburi bidang ini, dan seperti yang telah dinyatakan pengiklanan merupakan satu elemen penting untuk memasarkan produk. Tanpa pengiklanan, agak sukar untuk usahawan mengembangkan perniagaan mereka terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan belia.
Sumber:
http://yanie.uitm.edu.my/weblog/tag/definisi-blog
http://www.umt.edu.my/v8/v8_dokumen/akhbar_samudera/disember_09.pdf
http://en.wikipedia.org/wiki/blog
http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.
http://jomseminar-perniagaan-internet-boleh.blogspot.com/2009/12/online-bachelor-degree.html
Surat khabar:
wang tidak masuk jika bisnes anda "offline"
perniagaan internet, perniagaan masa depan