Friday, September 17, 2010

8 : Kad Kredit Vs Kad Debit : Yang Mengurus Kewangan Belia

Sejarah kad kredit bermula sekitar tahun 1980-an dan dipelopori oleh bank asing seperti Standard Chartered Bank. Kemudian ianya diikuti oleh bank- bank lain seperti Bank Bumiputra (sekarang dikenali sebagai CIMB), Citibank, Maybank dan lain-lain. Pada awal kemunculannya, penggunaan kad kredit hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kini, penggunaannya semakin meluas meliputi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. (Fadillah Mansor, 2004)

Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan kita memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Apabila menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu bagi pihak kita dan menghantar bil kemudian. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, kita dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh.



































Kad debit pula seperti juga kad kredit atau kad mesin teler automatik (ATM) tetapi berfungsi seperti wang tunai atau cek peribadi. Kad debit mengakses wang yang didepositkan dalam akaun bank pengguna secara langsung.


Perbezaan kad Debit dan Kad Kredit



Perbezaan kad debit dengan kad kredit adalah kad kredit menggunakan konsep “beli sekarang, bayar kemudian”, manakala kad debit pula menggunakan konsep “beli sekarang, bayar sekarang”. Ini bermaksud apabila pengguna kad menggunakan kad debit untuk melakukan pembelian, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank pengguna.


Manakala kredit pula bererti pengguna menerima ‘pinjaman’ daripada bank atau institusi kewangan dalam jumlah yang tertentu berdasarkan perkara-perkara seperti sejarah kredit pengguna, pendapatan pengguna, hutang dan kebolehupayaan pengguna melunaskannya.Selepas membuat pembelian dengan satu kad kredit, pembelian itu menjadi jumlah yang perlu dibayar selepas satu ‘tempoh tangguh’ yang mana dalam tempoh itu tiada caj kewangan dikenakan. Selepas itu, baki yang perlu dibayar boleh dibayar sepenuhnya atau dibayar secara ansuran bulanan dengan faedah. Ini biasanya dikenali sebagai kredit pusingan (sumber: mymoneyskills).


Sesetengah pengguna kad mengenakan faedah kad kredit dari tarikh belian sama ada akaun pemegang kad mempunyai baki yang dihutang atau tidak. Kadar faedah kad kredit, pengiraan faedah, yuran tahunan dan syarat pembayaran balik mungkin banyak berubah mengikut ketetapan institusi kewangan atau bank yang berkaitan.


Berbeza dengan kad kredit, konsep kad debit pula amat mudah. Bersesuaian dengan namanya yang membawa erti ‘menolak’, sebarang urus niaga menerusi kad debit akan ditolak daripada baki yang terdapat di dalam akaun simpanan atau akaun semasa bank yang mengeluarkan kad debit tersebut. Dengan kata lain, sebanyak mana wang dalam akaun kita sebanyak itulah wang yang boleh dibelanjakan menggunakan kad debit. Seorang pemegang kad debit mungkin tidak menyedari bahawa dia memiliki kad tersebut. Kad debit juga boleh dianggap sebagai kad ATM yang telah dinaiktarafkan dengan ciri-ciri debit. Oleh yang demikian, ciri-ciri penggunaan kad ATM yang dinaiktaraf ini turut telah ditambah bukan sahaja bagi tujuan pengeluaran tunai tetapi juga bagi sebarang pembelian di mana-mana pusat membeli-belah, restoran, kedai-kedai runcit, stesen minyak atau peniaga yang mempamerkan nama atau logo kad pengguna.


Seperti juga kad kredit yang mengutamakan kemudahan penggunanya, terdapat kad debit yang boleh digunapakai bukan sahaja di dalam negara sahaja tetapi juga diperluaskan bagi kegunaan antarabangsa bagi pengguna yang gemar melancong atau yang sering berurusan ke luar negara dan bagi kegunaan pembelian menerusi talian internet. Pengenalan kepada kad debit ini merupakan suatu langkah yang bijak kepada pengguna mengawal aliran kewangan mereka. Menerusinya, pengguna boleh merancang perbelanjaan mereka mengikut jumlah simpanan yang terdapat di dalam akaun mereka. Dengan cara ini sudah tentu membolehkan pengguna menentukan sendiri had perbelanjaan mereka dengan lebih bijak dan berhemah yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar muflis di kalangan pengguna terutamanya mereka yang memerlukan suatu kaedah ‘mengekang nafsu berbelanja’ terutama di musim-musim jualan murah kini.


Walaubagaimanapun kedua-dua kad ini ada kelebihannya masing-masing. Kelebihan kad debit adalah anda boleh merancang bajet. Baki akaun anda akan berkurangan setiap kali pembayaran dibuat. Jadi anda boleh tentukan berapa nilai duit yang anda nak guna supaya tidak terlebih berbelanja. Kad kredit pula umpama satu pinjaman yang diberikan kepada anda yang boleh digunakan untuk membuat bayaran. Pihak bank akan menentukan jumlah kredit berdasarkan pendapatan tahunan dan sejarah penggunaan kad kredit iaitu sama ada anda mempunyai rekod pembayaran yang baik atau sebaliknya.


Kad kredit tidak seperti kad debit yang mana tidak menggambarkan berapa jumlah wang simpanan anda. Katakan had kredit adalah RM 500, jadi anda boleh berbelanja hingga jumlah tersebut walaupun dalam akaun simpanan anda hanya ada cuma RM 100. Bermakna anda berhutang sehingga hujung bulan dan perlu membayar balik setiap jumlah yang anda telah belanjakan.


Kesimpulan



Kesimpulannya ia terletak kepada individu itu sendiri iaitu belia untuk menyatakan antara kad debit ataupun kad kredit. Ada pendapat menyatakan kedua-dua kad ini diperlukan tetapi haruslah pandai dalam berbelanja. Tetapi mengikut pendapat beberapa rakan yang erdiri daripada belia menyatakan kad debit sangat la baik bagi merancang perbelanjaan, kerana kad debit umpama wang simpanan kita didalam bank. Jika terlebih berbelanja maka berkuranglah simpanan kita.







































Artikel Suratkhabar:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=4318&Itemid=99999999

Sumber:

http://www.scribd.com/doc/21334162/Kad-Kredit-Mengikut-perspektif-Islam

http://fusemoney.com/kad-debit-atau-kad-kredit/

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/kad-kredit

http://bobex.wordpress.com/2007/12/28/kemudahan-berbelanja-menerusi-kad-debit/

http://www.mymoneyskills.com/mms/my/ms_MY/using_your_cards_wisely/index.shtml