Pabila tiba hari raya, kad raya merupakan satu simbol atau pengganti diri kepada penerima. Tetapi kini, penggunaan kad raya ini telah menunjukkan pengurangan pembeliannya di kalangan belia. Hal yang demikian dikatakan akibat kepesatan teknologi. Akibat kepesatan teknologi pada masa kini telah membuat penggunaan kad raya (kad raya konvensional) semakin berkurangan. Hal yang demikian adalah kerana teknologi, teknologi yang semakin canggih telah mengubah banyak cara hidup kita, khususnya golongan belia. Perubahan bukan sahaja melibatkan perubahan fizikal, malahan juga cara berfikir. Perubahan jika ditangani dengan baik akan member manfaat sepenuhnya.
Dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, kad raya konvesional atau tradisional ini sudah semakin dilupakan. Hal yang demikian kerana terdapat pengganti lain yang lebih mudah, dan menjimatkan berbanding kad raya tradisional atau konvesional ini. Contohnya pengguna yang mempunyai laman social seperti Facebook, Twitter, myspace dan sebagainya. Mereka hanya scan satu kad raya sahaja kemudian meletakkan nama rakan mereka sebagai tanda ucapan. Khususnya golongan belia sekarang ini, boleh dikatakan akan memiliki sekurang-kurangnya satu laman sosial kerana mengikut cara hidup masa kini. Hal yang demikian, jika seseorang itu tidak mempunyai laman sosial boleh dikatakan ketinggalan zaman. Ini memperlihatkan adat dan budaya menghantar kad raya tradisional ini semakin pupus ditelan zaman.
Sebagai belia, sememangnya Facebook itu digunakan untuk kegunaan dan kepuasan masing-masing menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Bumbler dan katz (1974). Di dalam teori tersebut dinyatakan cirri-ciri individu yang berlainan watak menggunakan saluran media seperti lama social untuk memuaskan kehendak dan juga untuk menyelesaikan masalah. Daripada perspektif teori ini, kepuasan individu terutamanya belia dalam menggunakan laman sosial mempunyai baik dan buruk bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat membantu menyokong perlakuan dalam melakukan sesuatu perkara kearah kebaikan.
Seterusnya penggunaan e-mail yang berluasan pada masa ini. Ini kerana penggunaan e-meil itu snediri adalah satu yang mudah dan menjimatkan. Jadi kad raya elektronik atau e-kad digunakan untuk menghantar kad raya terbabit kepada email rakan dan taulan. Ini kerana golongan belia kini celik IT, dan menggunakan medium e-mail ini kerana mudah dan boleh menghantarnya disaat-saat akhir . hal yang demikian, kebanyakkan golongan belia adalah golongan yang bekerja maka mereka sibuk dan terlupa untuk menghantar kad raya, dengan email hanya beberapa saat sahaja telah sampai kepada penerima. Berlainan pula dengan kad raya tradisional, perlu menhantarnya lebih awal, jika lewat menhantarnya maka penerima menerimanya juga lewat.
Dengan penggunaan komputer dan internet, memjadikan penghantaran kad raya elektronik atau e-kad ini semakin digemari oleh belia. Justeru itu laman web yang membuat e-kad ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, antaranya seperti berikut:

- http://www.harirayapuasa.com
- e-card.com.my
- http://www.123greetings.come-zakat.com.my
- Siber Gong MMU
- Islam Can
- D Grettings
Kemudiannya jika mempunyai kemahiran dalam grafik pula menjadikan e-kad itu lebih menarik dengan memasukkan design grafik tersendiri dengan disokong program-program seperti photoshop, flash dan sebagainya. Ini yang menjadikan kad raya tradisional ini semakin ditelan zaman. Justeru itu dapat dilihat di pasaraya yang menjual kad raya bagaikan kurang sambutan, sedangkan sebelum ini bagaikan pisang goreng panas.
sumber:
http://www.kongsiblog.com/umum-isu-semasa/fesyen-kad-raya-sudah-berubah
http://www.sinarharian.com.my/rencanaView.asp?whichpage=8&pagesize=2&dt
http://www.gnesop.com/2010/09/kad-raya-elektronik-e-kad-percuma.html
http://cilipedas.com/kad-raya-dari-bloggers-2009.html
http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8136827.asp