Kewujudan Information Technology and Communication (ICT) telah menjadikan masyarakat pada masa kini hidup dalam era globalisasi. Kebergantungan masyarakat terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam apa jua aspek kehidupan serta penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting di dalam kehidupan seharian. Menurut Marshall Mcluhan, masyarakat kini adalah digelar masyarakat zaman Elektronik. Hal yang demikian kerana kewujudan satelit dan internet yang menjadi nadi utama khususnya golongan belia. Golongan belia lebih terdedah dengan ICT ini kerana mereka lahir pada zaman elektronik ini ( Marshall Mcluhan).
Begitu juga dengan Allfin Toffler menyatakan bahawa ini merupakan gelombang ketiga peradaban manusia. Contohnya, belia kini mendapat pendedahan di sekolah mengenai ICT ditambah pula dengan kewujudan Sekolah Bestari telah membuktikan bahawa penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat memberansangkan dan telah memberi impak yang positif dalam mencapai wawasan 2020. Justeru itu mendorong belia masa kini terlibat ke dunia ICT.
Begitu juga dengan Allfin Toffler menyatakan bahawa ini merupakan gelombang ketiga peradaban manusia. Contohnya, belia kini mendapat pendedahan di sekolah mengenai ICT ditambah pula dengan kewujudan Sekolah Bestari telah membuktikan bahawa penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat memberansangkan dan telah memberi impak yang positif dalam mencapai wawasan 2020. Justeru itu mendorong belia masa kini terlibat ke dunia ICT.
Penguasaan belia di dalam ICT bagaikan satu perkara yang amat penting. Kepentingan di dalam penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan belia, terutama sekali pelajar IPTA dan IPTS sedar akan kewujudan teknologi maklumat telah banyak membantu mereka dalam proses pembelajaran dan dalam pencarian maklumat tambahan. Dengan berkembangnya ICT, pelajar IPT tidak perlu runsing dalam carian maklumat mengenai tugasan kerana melalui capaian internet, sumber maklumat tidak lagi terhad dan terbatas dan dengan enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan MSN memudahkan lagi proses pencarian malahan menjimatkan masa. Hal yang demikian kerana maklumat boleh diperoleh dengan cepat dan tepat, berbanding 20 tahun dahulu di mana maklumat hanya diperolehi dari perpustakaan dan majalah-majalah tertentu sebagai rujukan. Penerimaan belia terutama pelajar IPT terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian perlu bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini termasuklah minat mereka di dalam ICT, pendirian mereka mengenai sejauh mana ICT dapat mengubah atau membantu mereka dalam aktiviti harian dan sebagainya. Kini, penguasaan ICT di kalangan belia adalah sangat memberansangkan disebabkan kebanyakan belia menggunakan ICT sebagai medium dalam menyalurkan maklumat serta carian maklumat.
Dengan ini tahap penguasaaan terhadap ICT di kalangan belia semakin berkembang dari semasa ke semasa berbanding beberapa dekad yang lalu. Kepelbagaian teknologi bukan sahaja membantu ke arah mempermudahkan kehidupan seharian malah mendorong kepada kemudahan pengaksesan global. Ini dapat dilihat daripada tahap penggunaan ICT bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat tetapi juga bertujuan berkomunikasi. Jika dahulu, kemudahan talian tetap menjadi pilihan mutlak kebanyakkan belia tetapi arus pemodenan kini seiring dengan tuntutan semasa memerlukan kita untuk menguasai kemahiran menggunakan teknologi dalam membantu kehidupan seharian. Selain memudahkan kehidupan seharian, penggunaan ICT juga digunakan untuk berkomunikasi dan bersosial. Ini dapat dilihat dengan jelas, terdapat banyak laman sosial yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini semakin popular dan menjadi medium berkomunikasi dan sosial di kalangan belia kini. Antara laman sosial yang popular pada masa kini ialah Facebook, Twitter, Myspace, Tagged dan sebagainya. Laman sosial ini juga telah menjadi satu gaya hidup di kalangan belia kini. Jika tidak mempunyai laman sosial ini dikatakan ketinggalan dan tidak mengikut peredaran semasa.
Terdapat juga golongan belia yang menggunakan laman sosial ini untuk menjual barangan atau produk. Ini telah menjadikan laman sosial ini juga medium untuk mendapat pendapatan dan wujudlah usahawan-usahawan muda di kalangan belia masa kini. Seterusnya laman-laman sesawang lain seperti Blogspot dan sebagainya untuk mempromosikan produk, malahan dengan penggunaan ICT ini juga dapat menjimatkan kos pengiklanan kerana dengan ICT, pengiklanan adalah percuma dan untuk membuat laman web, blog dan sebagainya tidak melibatkan kos. Hanya perlu ada ialah Internet sahaja, maka perniagaan dapat berjalan 7 hari seminggu. Kemudahan ICT ini banyak memberi manfaat kepada belia dalam menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan atau lebih dikenali sebagai E-dagang ini.
Pihak kerajaan juga memainkan peranan dengan sentiasa berusaha dan memberi keutamaan untuk membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu menerusi penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menyediakan makmal komputer diseluruh sekolah di Malaysia bagi memberi pengetahuan ICT. Malahan juga di IPT, kemudahan seperti WIFI disediakan kepada pelajar bagi kemudahan untuk mencari maklumat dalam membuat sesuatu tugasan. Seterusnya pula usaha kerajaan ialah Kementerian Belia dan Sukan yang menyalurkan bantuan sebanyak RM 3000 kepada pertubuhan belia di seluruh negara supaya membolehkan mereka menubuhkan sebuah pusat siber di setiap kawasan Parlimen seluruh negara. Ini membuktikan bahawa usaha pihak kerajaan adalah untuk member kemudahan kepada golongan belia dalam menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi dan seterusnya dapat membantu penduduk setempat dalam menggunakan kemudahan teknologi tersebut.
Apabila belia telah menguasai teknologi maklumat dan komunikasi, ia akan membuka ruang kepada mereka dalam memajukan diri. Sebagai contoh baru-baru ini, lima orang belia telah dipilih untuk mewakili negara pada Forum Pembangunan ICT Remaja di Armenia yang dianjurkan oleh Perikatan Global Bangsa-Bangsa Bersatu. Forum (UN-GAID-GYF) dan itu adalah sebahagian daripada usaha badan dunia dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan pembangunan ICT di peringkat global. Ini membuktikan, belia di negara kita diberi peluang oleh pihak kerajaan dalam memperkasakan idea dan juga pengetahuan di dalam ICT.
Di samping itu juga, pengusaaan di dalam ICT dapat membantu para graduan dalam mencari jawatan kosong dalam bidang pekerjaan. Dengan wujudnya laman web seperti JobStreet, JobSeeker dan sebagainya dapat memudahkan lagi para graduan untuk mencari pekerjaan. Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan JoBMalaysia, bagi memudahkan para graduan untuk mengisi borang pekerjaan samada untuk berkerja di sektor kerajaan ataupun swasta.
Malah, pengisian borang untuk jawatan-jawatan kerajaan juga boleh diisi menerusi laman web. Faedah dalam penguasaan ICT sememangnya memberikan pulangan yang lumayan kepada belia yang dapat menguasainya untuk memajukan diri mereka. Penguasaan di dalam Bahasa Inggeris bukan lagi menjadi alasan kepada belia untuk mempelajari ICT disebabkan terdapat banyak laman web dan juga software dihasilkan dalam Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT banyak mendorong para belia untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dilihat melalui penghasilan blog di mana belia semakin berani bersuara akan sesuatu isu, terutama isu yang melibatkan kemanusiaan. Kepekaan serta pandangan belia tentang sesuatu isu secara kritis dapat membuktikan kematangan mereka dalam menyumbangkan idea. Bukan itu sahaja, penguasaan belia di dalam ICT semakin mantap menerusi penyertaan pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia di dalam pertandingan Robocon Malaysia yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari 64 kumpulan daripada 31 pusat pengajian seluruh Malaysia. Pemenang bagi pertandingan ini telah mewakili Malaysia di dalam pertandingan bertaraf dunia iaitu Abu Robocon 2008 di Pune, India. Pengetahuan mengenai ICT telah membuka mata masyarakat bahawa penciptaan robot bukan sahaja diaplikasi di negara-negara maju, malah negara yang sedang membangun seperti Malaysia juga mampu melahirkan para belia yang berkebolehan dalam penciptaan robot.
Baru-baru ini, bagaikan satu fenomena baru kepada industri perfileman negara apabila penghasilan filem Geng: Pengembaraan Bermula mendapat sambutan yang memberansangkan oleh masyarakat Malaysia. Filem ini diterbitkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd dan merupakan filem animasi 3D yang pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh 50 orang belia yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan yang sangat berkebolehan dalam menghasilkan filem yang bermutu yang mengaut RM 5 juta selepas 2 minggu ditayangkan.
Kreativiti para belia ini menunjukkan penguasaan belia terhadap teknologi khususnya ICT adalah tinggi. Ini akan membuka peluang kepada belia yang lain untuk mencuba dalam bidang ini dalam mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran mereka supaya dapat menjadi belia yang dapat berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Menyedari hakikat di atas, jelaslah bahawa belia di Malaysia sememangnya menguasai ICT tidak dapat disangkal lagi kerana dapat menguasai dengan begitu baik dan yakin akan penggunaannya sebagai alat komunikasi dan saluran ilmu pengetahuan yang membawa kepada pembaharuan tamadun ilmu. Penguasaan ICT juga dapat membantu para belia dalam memajukan diri mereka, tidak kira samada mereka masih di IPT mahupun yang sudah bekerja, ia sememangnya dapat menyenangkan para belia dalam melakukan aktiviti seharian dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Hal ini kerana penggunaan teknologi bukan sahaja terbatas di bandar-bandar besar tetapi juga dikawasan luar bandar.
Sumber :
http://youth15.blogspot.com/
http://rentongclub.net/html/modules.php?name=News&file=print&sid=7
http://berita-harian-online.com/evolusi-penggunaan-telefon/