Thursday, September 30, 2010

10: Kesedaran Belia Terhadap Hak Cipta

Sebelum mengulas mengenai tajuk ini iaitu Kesedaran Belia Terhadap Hak Cipta, adalah perlu dahulu mengetahui apa yang dikatakan hak cipta itu. Hak cipta merupakan antara cabang kepada Harta Intelek. Hal yang demikian kerana Harta Intelek terdiri daripada empat cabang utama iaitu hak cipta, cap dagang, reka bentuk industry dan paten menurut pengarah IP Right (M) sdn.bhd, Gameladha Nasirifin Arifin. Kesemua empat perkara itu mempunyai pengkhususan tersendiri yang menjurus kepada pemilikan hak eksklusif terhadap harta intelek yang dihasilkan di bawah zon masing-masing.

Menurut Gameladha lagi, “ Ia direka semata-mata untuk melindungi hak dan nilai eksklusif sesuatu produk berkaitan harta intelek. Contohnya lirik lagu, penulisan buku, skrip drama, lukisan dan gambar. Kesemuanya terletak di bawah perlindungan hak cipta, manakala logo atau tanda nama pula disebut sebagai trademark. Bagi melindungi proses penghasilan sesuatu produk, ia dipanggil paten dan rekaan industri pula melibatkan perlindungan harta intelek terhadap aspek fizikal produk yang dihasilkan,” jelas Gameladha dalam akhbar Kosmo bertarikh 8 Disember 2009, dalam rencana Kepentingan Harta Intelek.




Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, Hak cipta adalah penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang (pencipta, pengubah dll) . Manakala menurut Kamus Pelajar edisi kedua pula, hak cipta adalah seseorang pencita seperti pengarang, penggubah lagu atas hasil ciptaannya yang dilindungi undang-undang. Seterusnya pula menurut laman sesawang, Wikipedia, hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang menggawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat.

Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah, dan di sesetangah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan(c. Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau berseni. Hak cipta ialah sejenis harta intelektual, reka bentuk dan seni reka perindustrian boleh merupakan jenis-jenis harta intelektual yang berasingan atau bertindih dalam sesetengah bidang kuasa.

Menurut Ahli Media, Jeniri Amir (2005) menyatakan undang-undang pertama memberikan hak cipta pengarang ialah Stature of Anne yang diluluskan Parlimen Britain pada 1710. Peringkat awal perundangan, pihak Inggeris memperakukan bahawa pengarang memiliki hak terhadap karyanya berdasarkan prinsip natural justice. Azizah Hamzah ( 2005) pula berkata undang-undang hak cipta Malaysia bermula dengan adanya Copyright Act 1911 yang berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu wujud Enakmen 73 yang berkuatkuasa di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Perundangan Hak Cipta pertama berkuatkuasa termaktub dalam Copyright Act 1967. Undang-undang berhubung hak cipta masa kini merujuk kepada Akta Hak Cipta 1987. Akta itu menjalani pindaan pada 1990, 1996, 1997 dan 1999. Pindaan 1990 menandakan kemasukan Malaysia dalam Sidang Berne. Pindaan pada 1997 digubal bagi memenuhi keperluan dan tuntutan baharu era teknologi maklumat, industri multimedia dan Koridor Raya Multimedia (MSC).


Aktiviti yang sering dikaitkan dengan belia mengenai hak cipta ini adalah memuat turun lagu, dan filem daripada internet, membeli CD, DVD atau VCD cetak rompak dan menggunakan perisian komputer palsu. Aktiviti memuat turun lagu dan filem daripada internet ini telah membawa padah kepada industri hiburan tanah air sendiri kerana terpaksa menanggung kerugian akibat daripada memuat turun hasil karya-karya tersebut secara haram di laman sesawang tertentu di internet. Terdapat beberapa laman yang memberikan khidmat memuat turun lagu ini seperti www.xxx3.com, dan sebagainya. Belia sepatutnya bersikap lebih peka terhadap perkara ini kerana jika mereka terus-terusan melakukan aktiviti seumpama ini, ia bakal meruntuhkan industri hiburan tanah air.


Hal ini telah menjadi satu isu di dalam dada–dada akhbar iaitu menurut akhbar Utusan Malaysia dalam artikel berita bertajuk Ancaman Muat Turun Haram Lagu, Filem di Internet. Menurut Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), “mengganggarkan kerugian sebanyak RM 100 juta setahun berikutan kegiatan muat turun lagu secara haram di premis menjual telefon bimbit di seluruh negara” penjelasan dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai rencana Rugi RM 100 juta Akibat Aktiviti Muat Turun.





Seterusnya aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa pada ketika ini, walaupun rampasan terus-menerus dilakukan tetapi aktiviti ini bagai tidak surut. Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar/Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim turut melahirkan rasa kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang melanggar undang-undang harta intelek. Masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni hiburan tanah air sukar untuk diselesaikan jika khalayak sendiri tidak menunjukkan keprihatinan terhadap isu tersebut, ujarnya dalam akhbar Kosmo dalam artikel Kepentingan Harta Intelek. Masalah cetak rompak di negara ini yang bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’, kini dipercayai telah berubah menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi dan dilindungi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara.


Disini dapat dinyatakan beberapa punca merebaknya aktiviti cetak rompak ini antaranya ialah:

  • Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna khususnya belia mengenai harta intelek.
  • Harga produk cetak rompak jauh lebih murah daripada yang original
  • Penyalahgunaan teknologi dalam seperti penulis CD dan penulis DVD pada computer yang digunakan untuk tujuan cetak rompak.
  • Penyalahgunaan medium internet yang menjadikan penyebaran produk cetak rompak makin berleluasa.



Aktiviti penyebaran pengisisan computer palsu juga berleluasa dan kalangan belia banyak yang terlibat. Hal yang demikian kerana pengisian komputer ini amatlah mahal dan rata-rata golongan belia adalah masih belajar dan tidak mampu memiliki perisian komputer yang original maka terpaksa memilih perisian cetak rompak. Antara perisisan komputer yang terbabit seperti mengedit gambar, reka bentuk, animasi, perlindungan antivirus, sistem operasi dan pemprosesan milik anggota BSA seperti Autodesk, Adobe, Macromedia dan Symantec.




Kesimpulan yang dapat dibuat adalah kempen dan kesedaran mengenai hak cipta ini haruslah terus-menerus dibuat dan dengan kerjasama Kerajaan, anggota terlibat dan IPTA dan IPTs harus berganding bahu bagi memberikan kesedaran mengenai Hak-hak cipta ini. Walaubagaimanapun tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kewujudan Harta intelek iaitu hak cipta, paten dan sebagainya ini semakin meningkat menurut Pengarah IP Right (M) sdn.bhd.,Gameladha Nasirifin Arifin. Namun ianya masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain, katanya dalam akhbar Kosmo.






Artikel Akhbar:

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Utusan Malaysia Online - Utara
Utusan Malaysia Online - Rencana

Artikel Menarik:

http://ja-jp.facebook.com/note.php?note_id=177196414883

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1002&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

http://www.aspirasidigital.net.my/buletin/5.pdf


http://siputsedoot2009.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

http://mylasia.net/isu-semasa/rugi-rm100-juta-akibat-aktiviti-muat-turun/