Friday, July 30, 2010

1: Penyalahgunaan Teknologi Internet Di Kalangan Belia

Teknologi boleh didefinisikan sebagai satu konsep dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Takrifan yang kedua pula adalah dari segi ekonomi yang melihat teknologi sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Definisi komunikasi pula boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu atau sekumpulan individu yang lain. Manakala Teknologi Komunikasi pula memudahkan komunikasi di antara individu atau kumpulan yang tidak secara fizikalnya hadir di lokasi yang sama.

Definisi Belia dari segi umur ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Belia merupakan satu asset negara yang penting kerana berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Keupayaan mengembling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Hal yang demikian kerana belia ini merupakkan tonggak negara dan bakal pemimpin negara di masa hadapan.

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu medium penyebaran maklumat yang penuh informasi. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi Internet masa kini ialah jenayah siber.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet (Foo Eu Jin, NST, November 2004).

Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), Leftenan (Lt.) Kolonel Husin Jazri menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada satu definisi ancaman keganasan atau jenayah siber yang standard dan diterima pakai oleh semua. Beliau berkata, adalah lebih baik kita gunakan istilah ``ancaman siber'' dan tidak ``ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber, walaupun tidak semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang buruk secara global dalam masa yang amat singkat. (Utusan Malaysia, Februari 2004).

Terdapat pelbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masakini. Antara jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna Internet ialah:

a. Penipuan
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Kecurian maklumat.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. Menyalin perisian secara tidah sah.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Skim cepat kaya
i. Pornografi
j. Penggodam atau "Hacker"
k. Penyebaran virus
l. Mel Spam

Menurut Kumpulan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jenis-jenis jenayah siber yang biasa berlaku di Malaysia ialah pencerobohan laman web, ‘harrasment’, kerosakan komputer, penafian servis, ‘frauds’, ‘forgery’, ‘phishing scam’, mailbomb dan menyalin perisian. Namun begitu, pada akhir tahun 2004 jenayah yang agak banyak berlaku ialah ‘intrusion’, ‘harrasment’, ‘forgery’ dan ‘phishing scam’ (NST, November 2004).


Internet dan kesannya keatas golongan belia

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, golongan belia di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim berkata, bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

"Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

"Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

"Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

Sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Sebenarnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Fakta yang perlu diketahui, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:
  • Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
  • 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
  • 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
  • Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
  • Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.
(sumber)

Penyalahgunaan Teknologi Dikalangan Belia: Facebook

Teknologi merupakan satu medium yang sepatutnya membantu manusia pada masa kini, tetapi telah disalahgunakan oleh segolongan masyarakat terutamanya golongan belia. Di sini, kami ingin mengetengahkan berkenaan penyalahgunaan teknologi terutama yang melibatkan laman sosial yang popular pada masa kini iaitu Facebook.

Facebook merupakan satu jaringan sosial yang diperkenalkan pada 4 Februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zuckerberg iaitu seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan Facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Dua bulan kemudian, penggunaannya diperluaskan ke university lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua universiti yang termasuk dalam Ivy League. Sehinggalah akhirnya Facebook boleh digunakan di seluruh dunia. Semua penggunaan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan Facebook ( Riri Satria, 2008).

Facebook adalah salah satu laman sosial seperti juga laman sosial yang lain iaitu Twitter, Myspace, Friendster dan sebagainya. Malangnya, kini Facebook telah disalahgunakan oleh golongan belia yang menggunakan Facebook sebagai satu medium atau tempat untuk menyebarkan fitnah. Golongan belia menggunakan Facebook untuk menghantar maklumat yang palsu atau salah dan disebarkan kepada semua pengguna Facebook yang lain dan ini secara tidak lansung boleh menjatuhkan maruah mangsa yang terlibat. Jika pihak yang difitnah itu tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan itu, maka akan pasti berlakunya konflik dan akan mencetuskan pergaduhan. Penyebaran fitnah di ruangan Facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan dan perkara sebegini haruslah ditegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Pahang (UNP), Prof.Dr.Nurtain mengatakan, kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi infomasi dan komunikasi internet untuk hal-hal yang positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com).

Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak masa dengan bermain Games Online yang banyak terdapat di laman sosial tersebut. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab, kita perlulah pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar ianya digunakan dengan betul dan sesuai pada waktunya. Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan medium laman sosial seperti Facebook, bukanlah melakukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Justeru itu, penggunaan Facebook dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook juga digunakan sebagai satu medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Bagi menuntut keadilan atau hak seseorang itu perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan agar sebarang konflik atau masalah dapat diselesaikan dengan cara yang betul. Hal yang demikian, penyalahgunaan laman web sosial ini boleh mengundang seseorang itu dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Penyalahgunaan Facebook juga boleh menyebabkan berlakulah pembaziran masa, dan pembaziran elektrik kerana kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya akibat terlalu leka dengan game, aplikasi dan juga berbual di atas talian. Akibat daripada kelalaian pengguna, khususnya golongan pelajar , kebarangkalian untuk mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Terdapat juga kes di mana pelajar terlalu leka melayari Facebook sehingga lupa untuk makan dan mengakibatkan mereka menghidap penyakit yang tidak dijangka seperti gastrik dan juga terdapat sebilangan yang menghidap penyakit sukar untuk tidur akibat terlalu banyak menghabiskan masa berjaga sehingga lewat pagi.

Keratan akhbar dibawah mengukuhkan lagi kenyataan diatas berkenaan pelajar yang leka dan lalai dengan laman sosial Facebook sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan merosot teruk.























(klik imej untuk saiz sebenar)



Contoh yang kedua berkenaan penyalahgunaan Facebook dikalangan belia adalah seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini berkenaan seorang gadis yang menggunakan Facebook dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya. Sila rujuk laman web ini (Contoh 2)

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/teknologi

http://ms.wikipedia.org/wiki/komunikasi

http://www.kbs.gov.my/

http://pertanyaan.com/apa-itu-facebook

http://www.facebook.com/topic.php?uid=341700657658&topic=18632

http://pilihansempurna.com/apa-saja-sih-kegunaan-facebook%E2%80%A6/

http://zamrishabib.wordpress.com/2009/05/30/konsep-islam-dalam-penyebaran-informasi-pada-information-society-masyarakat-informasi/

http://pemainbahasa.blogspot.com/salman

http://suria3979.multiply.com/journal/item/31/kesan_buruk_baik_fenomena_YouTube_-_BH_8_Nov_2009